Rabu, 18 Disember 2019

Akreditasi MS ISO/IEC 17020

Terdapat 9 syarikat NDT yang telah diakreditasi MS ISO/IEC17020 sehingga kini seperti yang terdapat pada laman JSM;
http://www.jsm.gov.my/accredited-organisation-directories?p_auth=0LJFvQEV&p_p_id=cabdirectoriessearch_WAR_CABDirectoriesSearchportlet&p_p_lifecycle=1&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-2&p_p_col_count=1&_cabdirectoriessearch_WAR_CABDirectoriesSearchportlet_javax.portlet.action=triggerIPC_usingTypeI&type=MIBAS

dan satu syarikat iaitu SGS bagi NDT concrete (di bawah skop in-service inspection).

Syarikat yang telah diakreditasi telah melalui beberapa fasa penting bagi membuktikan tahap kompetensi mereka. Ini termasuklah;
1- document adequacy audit
2-  internal audit
3- proficiency testing
4- pre-assessment
5- compliance

Selepas compliance assessment baharulah mereka mendapat sijil untuk tempoh 3 tahun.  Dalam tempoh tersebut mereka akan melalui surveillance assessment setiap tahun dan selepas 3 tahun perlu melalui re-assessment pula bagi menyambung sijil tersebut.



Ahad, 27 Mei 2018

Bagaimana mengurangkan dos bagi pekerja sinaran radiografi industri?

Semua pekerja sinaran akan terdedah kepada risiko dedahan sinaran pengionan. Dedahan ini dinamakan dedahan pekerjaan. Konsep ALARA (as low as reasonably achievable) dipakai bagi mengurangkan dedahan minimum.

Secara umumnya Radiografi Industri (RI) merupakan pekerja yang paling banyak menerima dos sinaran berbanding pekerja dalam sektor lain. Ini disebabkan kebanyakan kerja RI dilakukan di lapangan menggunakan punca yang berkeamatan dan tenaga yang tinggi.

Pekerja hanya terlibat dengan dedahan luaran dari sinaran gama dan X. Kawalan sinaran dibuat melalui 3 prinsip utama:

  • Masa
  • Jarak
  • Perisai
Dos sinaran boleh direndahkan dengan cara mengurangkan masa pendedahan.  Penggiliran jadual kerja kepada pekerja sinaran adalah cara yang cukup efektif.

Berada jauh dari punca sinaran semasa dedahan juga dapat mengurangkan dos. Sinaran berkurang secara songsang dengan ganda dua jarak. Contoh jika jarak diubah dari 1m kepada 2m, sinaran mengurang sebanyak 4 kali ganda.

Manakala perisai pula dapat mengurangkan dos sinaran secara eksponen dengan ketebalan perisai. Malangnya perisai yang efektif mempunyai ketumpatan yang tinggi dan berat untuk dibawa.  Bahan perisai yang biasa digunakan bagi projektor gama, penukar punca dan kolimator ialah depleted uranium. Plambam pula digunakan untuk pintu bilik dedahan, kolimator, lead pot dan lain-lain kegunaan termasuk semasa kecemasan.  Kepingan plambam antara perisai mudahalih yang biasa dipakai.  Memegangnya hendaklah menggunakan sarung kerana plambam adalah logam berat yang beracun kepada manusia.

Walaupun pasir dan air adalah bahan ringan tetapi ia juga boleh digunakan sebagai perisai kerana mudah untuk dikendalikan. Pasir pernah digunakan oleh Agensi Nuklear Malaysia untuk membina mobile hot cell. Manakala air digunakan sebagai perisai punca neutron dan gama dalam kebanyakan reaktor nuklear.

Antara syor penulis bagi mengurangkan dos pekerja sinaran RI yang boleh difikirkan bersama ialah seperti berikut;
1- Pengurusan sumber manusia. Penggiliran jadual pekerja dalam megurangkan kadar dos individu melalui perkongsian dos. Masalah yang dihadapi sekarang ialah kekurangan pekerja. Antara sebab utama kekurangan pekerja sinaran berlesen ialah peratus kelulusan peperiksaan bagi mendapat lesen tersangat rendah. Di Australia (198an), pekerja sinaran hanya perlu menghadiri kursus keselamatan sinaran dan semua akan mendapat sijil kehadiran dan layak untuk bekerja dengan sinaran.

2- Penggunaan keamatan sinaran yang rendah juga diamalkan di negara maju seperti Jepun. Jepun menghadkan 20 Ci Iridium-192 bagi kerja lapangan.

3- Penggunaan tenaga sinaran rendah seperti Selenium-75 dan mesin sinar-X. Kebanyakan aktiviti radiografi di Malaysia tidak memerlukan punca sinaran dengan tenaga yang tinggi. Bagi ketebalan keluli 10mm ke bawah penggunaan punca Ir-192 adalah tidak sesuai kerana kualiti imej radiograf  yang rendah dan tidak memenuhi kebanyakan standard (contohnya ASME V, dll). Ir-192 mempunyai tenaga sinaran yang lebih tinggi berbanding sinar-X (bawah 300kV) dan Se-75.

4- Adat kebiasaan membuat kerja radiografi hanya di waktu malam juga didapati menyusahkan dan tidak sehat dari segi rohani dan jasmani. Malam ialah waktu tidur dan rehat bukannya waktu bekerja. Natijahnya tiada kecekapan bekerja.

5- Penggunaan kolimator dan perisai atau bunker sementara dapat memendekkan jarak selamat.  Bunker sementara boleh dibina menggunakan blok-blok konkrit atau guni pasir atau lubang 'kubur' digali untuk membuat dedahan selamat umpama kubu yang dibina askar semasa perang. SIRIM dan Nuklear Malaysia telah menggunakan blok konkrit interlock bagi bunker sementara (semi-open site) untuk tujuan latihan radiografi industri.

Pandangan dan komen lain dialu-alukan bagi kebaikan bersama.



Jumaat, 6 Oktober 2017

Persaraan Wajib

Hari ini bermula hidup sebagai pesara kerajaan. Bebas tanpa ada ikatan pekerjaan. Boleh mengembara, berehat dan bersendiri. Alhamdulillah telah menyumbang kepada negara selama 36 tahun 4 bulan 17 hari. Mudah-mudahan segala amalan diterima Allah.




Khamis, 5 Oktober 2017

iNustec 2017

Persidangan antarabangsa ini telah diadakan di UNITEN, Bangi pada 25-27 September 2017. Ini merupakan persidangan terakhir yang dihadiri sebelum bersara.
Inilah kertas kerja yang aku bentangkan sebagai poster.

Ucapan Perasmian
 Kerjasama UNITEN dan Agensi Nuklear Malaysia

 Beberapa isi ucapan dasar yang menarik yang sempat dirakamkan.









Selasa, 29 Ogos 2017

Global Congress on Construction, Material & Structural Eng. UTHM at Millesime Hotel Iskandar Puteri.

Alhamdulillah telah berpeluang menghadiri majlis ilmu di Johor pada 28-29 Ogos 2017.
Antara maklumat menarik dari ucapan-ucapan dasar ialah seperti berikut


Antara persembahan dari pembentang-pembentang Nuklear Malaysia







Jumaat, 28 Julai 2017

Menunggu persaraan

Saat yang mendebarkan. Apa nak buat lepas bersara? Cukupkah duit persaraan? Bagaimana ingin sesuaikan dengan perubahan pendapatan bulanan. Pinjaman sudah tidak mampu lagi.

Apakah aku telah berjasa secukupnya? Apakah khidmat yang boleh diberikan? Semuanya bermain di fikiran. Paling digeruni ialah saat kematian. Apakah sudah bersedia?.

Ya Allah ampunilah dosaku, maafkan, afiatkan aku.

Alhamdulillah antara sumbangan ku yang tak seberapa ialah penerbitan beberapa buah buku NDT berikut. Diharap ianya dapat memberi manfaat kepada masyarakat NDT di Malaysia.


Saya juga ada koleksi beberapa bahan latihan NDT yang sedia dikongsi pada pautan berikut.

Link to share file

Rabu, 14 Jun 2017

Ketumpatan dan HVL

Perisai gama yang berkesan ialah yang mempunyai ketumpatan yang tinggi. Bagaimanapun bahan berketumpatan tinggi adalah mahal dan sukar untuk dibina. Planbam contohnya mempunyai ketumpatan yang tinggi akan tetapi ianya tidak ekonomi bagi tenaga tinggi.

Berikut ialah geraf hubungan HVL dengan ketumpatan bagi tenaga sinaran yang berlainan. Data di petik dari ANSI/HPS N43.3-2008.
Pada ketumpatan rendah nilai HVL semakin hampir bagi tenaga sinaran yang berbeza. Air atau pasir atau tanah mungkin lebih murah jika ingin membina bilik dedahan menggunakan punca sinaran bertenaga tinggi.
Katakan kita ingin bina bunker Ir-192, 50Ci. Jarak punca ke dinding ialah 2m. Dos yang dibenarkan ialah 0.5uSv/jam (0.05 mr/j).
Guna formula 2^n = Io/I
Io = 0.5 r/j.Ci *50Ci = 25 r/j = 25,000mr/j pada jarak 1m
Io = 25,000/4 = 6250 mr/j bagi jarak 2m
I = 0.05 mr/j
2^n = 125,000
n = log 125000/log 2 = 16.9
Maka tebal konkrit (ketumpatan 2.35 g/cc) yang diperlukan ialah 16.9 * 43mm = 727mm
Andai kata pasir (ketumpatan 1.76 g/cc) ingin digunakan,
HVL = 71.9 exp(-0.22*1.76) = 48.8mm
Jadi tebal pasir yang diperlukan ialah 16.9*48.8 = 825mm.