Rabu, 17 Disember 2008

Bilik Dedahan

Bilik dedahan radiografi ialah sebuah bilik yang boleh melindung pekerja dan orang awam dari menerima dos berlebihan (dos yang dibenarkan). Ia dilengkapi dengan tanda & lampu amaran dan dikawalselia oleh pekerja sinaran berlesen. Ia juga perlu terlebih dulu mendapat pengesahan LPTA sebelum boleh digunakan.


Bilik dedahan sinar X

  • Perlu mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan mesin sinar X.
  • Mempunyai kemudahan punca elektrik dan air.
  • Jika paip, pembuluh atau kabel perlu melalui dinding bilik dedahan, laluannya perlu direka supaya tidak berlaku kebocroan sinaran.
  • Mempunyai ruang di luar bilik yang berasingan untuk menempatkan panel kawalan.
  • Dinding atau pintu perlu mempunyai ketebalan yang mencukupi dari bahan yang sesuai.
  • Perlu mempunyai pintu yang dapat menjadi perisai yang mencukupi dan suis yang boleh menghalang operasi tiub sinar X melainkan jika pintu telah ditutup sepenuhnya.
  • Pintu hendaklah juga boleh dibuka dari dalam.
  • Suis untuk mematikan operasi mesin sinar X dari dalam bilik hendaklah juga disediakan. Ini perlu bagi kes orang terperangkap dalam bilik secara tidak sengaja
  • Lampu kelipan atau penggera bunyi hendaklah digunakan bagi menunjukkan mesin sinar X sedang beroperasi.
Bilik Dedahan sinar gama
  • Perisai bilik hendaklah mencukupi.
  • Terdapat kemudahan untuk menyimpan punca bila tidak digunakan (storage pit) dan hendaklah berkunci.
  • Terdapat kemudahan untuk memuat dan mengeluarkan punca (penukaran punca).
  • Meter tinjau yang diperlukan untuk memeriksa paras dos sebelum memasuki bilik hendaklah disediakan.
  • Lantai dan siling hendaklah dapat mengurangkan sinaran terserak.
  • Pintu hendaklah boleh dibuka dari dalam dan luar.
Rekabentuk 'labyrinth' sesuai untuk bilik dedahan gama atau punca bertenaga tinggi. Rekabentuk ini boleh mengurangkan ketebalan pintu plambam yang diperlukan. Keamatan sinaran akan menyusut sehingga 0.1% bagi setiap pantulan.
Rekabentuk bumbung begini akan menyumbangkan banyak sinaran terserak.

Rabu, 19 November 2008

Kawalan Dedahan Sinaran

Semua pekerja sinaran akan terdedah kepada risiko dedahan sinaran pengionan iaitu dedahan pekerjaan. Dalam kerja-kerja radiografi industri(RI), kawalan dedahan oleh sinar x dan gama adalah merupakan perkara asas dalam keselamatan sinaran. Konsep ALARA (as low as reasonably achievable) hendaklah dipakai agar kita mendapat dedahan minimum. Pekerja RI hanya terlibat dengan dedahan luaran. Tiga prinsip asas kawalan; masa, jarak dan perisai.

1) Masa - kurangkan. Dedahan = Kadar dos x masa.

2) Jarak - jauhkan. Kadar dos menurun secara gandadua dengan jarak iaitu mengikut Hukum gandadua songsang

3) Perisai - gunakan. Sinaran akan diserapkan apabila melalui perisai mengikut hukum eksponen. Perisai dari bahan berketumpatan tinggi adalah sangat berkesan.
Bekerja dalam bilik dedahan adalah yang paling selamat. Dinding bilik dedahan biasanya dibuat dari konkrit berketumpatan tinggi (2.35 g/cc). Manakala pintu pula diperbuat dari plumbum (12.4g/cc). Rekabentuk 'labyrinth' adalah yang paling ekonomik dan praktikal.
Jika kerja radiografi perlu dilakukan di lapangan, penggunaan kolimator (dibuat dari Plumbum atau Tungsten) adalah sangat-sangat digalakkan bagi punca radiaktif.

Jumaat, 26 September 2008

ISO 17020 bagi badan pemeriksa

Seperti ISO 9001, ISO 17025 dan lain-lain, ISO 17020 juga hampir sama dengan ISO 9001 dari aspek pengurusan kualiti dan ISO 17025 dari aspek teknikal. Bagaimanapun penekanan diberikan lebih kepada aspek berikut;
1-Skop - lebih kepada ujian fungsi dan bukan berbentuk analisis
2-Pentadbiran - liabiliti perlindungan insuran
3-Sistem kualiti - perlu melantik pengurus teknikal yang mengawal semua aspek teknikal.
4-Audit dalaman - perlu ada program audit di lapangan
5-Peralatan - mengenal pasti peralatan yang sesuai untuk pemeriksaan
6-Bebas, adil dan berwibawa

Badan pemeriksa NDT di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan ISO17020 ialah;

  1. Lott Inspection Sdn. Bhd.
  2. SGS (M) Sdn. Bhd
  3. Nuclear Malaysia

Selasa, 16 September 2008

Ultrasonic Goniometer

Background

  • Popular in 1970’s and 1980’s
  • Basic research to understand sound mode conversion in materials
  • Modeling of experimentation

Principle


  • Based on Snell's law

Methodology

  • Technique used to study materials surface properties by propagating ultrasound at various angle of incidence.

  • Parameter determined - sound velocity and Amplitude

Applications

  • Rayleigh and Lamb wave studies
  • Rayleigh used to study surface properties eg. Roughness, hardness, residual stress



  • Lamb wave for thickness measurement.

References

  1. Mohamad Pauzi Ismail, 1981, Ultrasonic Measurement of Stress Using Back Scattered Ultrasound, M.Sc. Dissertation
  2. Ismail, M. P., Bloser, D.S., 1983, Ultrasonic Goniometer Measurement of the Properties of Maraging Steel Using Rayleigh Waves, Jurnal Sains Nuklear, Vol 1, No. 2
  3. Bridge, B., Ismail, M. P., 1984, Monitoring of Stress by Ultrasonic Backscatter, NDT Communications, P 15, Vol.1, No.5
  4. Mohamad Pauzi Ismail, Kamaruddin Mohd. Yusof & Abdul Nassir Ibrahim. 1996. Propagation of Rayleigh wave in concrete. British Journal of Non Destructive Testing INSIGHT, 38(5):338-340.
  5. Mohamad Pauzi Ismail, Mat Rasol Awang, Mohd Noorul Ikhsan Ahmad, Amry Amin Abas and Mohd. Fajri Osman, Ultrasonic goniometry measurement of Aquilaria (gaharu) wood, National Physics Conference 2007, Terengganu, 26-28 December 2007.

Jumaat, 22 Ogos 2008

Ketepatan Ultrasonik

Sebelum ini masyarakat NDT agak kecuh dengan komen DOSH yang mempersoalkan tentang kebolehpercayaan teknik ultrasonik (UTTM) dalam mengukur ketebalan bahan bagi memeriksa kakisan. Mereka mengatakan ada 'thickness grow'. Kali ini aku ingin bentangkan contoh data pengukuran yang aku perolehi dari tangki pemproses kimia bagi tujuan pembelajaran dan perbincangan. Data UTTM telah diambil sejak 2002. Paksi-y ialah ketebalan yan diukur dalam mm, manakala paksi-x ialah lokasi pengukurun. ABC yang pertama ialah bacaan pada 'head' dan ABC kedua ialah pada 'shell'. 0, 90, 180, 270 ialah kedudukan arah bacaan diambil, 0 ialah utara, 90 timur, 180 selatan dan 270 barat. Terdapat pengurangan ketebalan yang agak ketara pada 'head'. Contohnya bacaan 2004 ialah 22.5mm menurun hingga 20.5mm pada 2008,iaitu pengurangan 2mm dalam tempoh 4 tahun iaitu kadar hakisan 0.5mm setahun. Tangki ini dibuat dari keluli nikarat (stainless steel) yang mengikut rekabentuk tidak akan berlaku kakisan (0 mm corrosin allowance). Memang keluli nikarat tahan karat tetapi ia akan juga kalah dengan halogen (Klorin, florin,dsb). Jika bahan kimia tidak dikawal supaya larutannya bebas dari halogen spt klorin, maka kakisan boleh berlaku. Yang paling ditakuti ialah kakisan jenis setempat (pits) kerana pits ini selain berlubang seni ia juga boleh menjadi tempat permulaan kepada retakan yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Berbalik semula kepada ketepatan ultrasonik dalam menentukan ketebalan. Dalam artikel sebelum ini aku menyebutkan ketepatan ialah antara 0.3mm hingga 0.8mm. Jadi jika kadar kakisan hanyalah 0.5mm setahun, perubahan kakisan tidak dapat dikesan dalam tempuh setahun. Dalam data di atas dapat dikesan 'thickness grow' sehingga 1mm, tetapi rata-rata thickness grow hanya 0.25mm, iaitu had ketepatan normal. Jika terdapat segelintir bacaan yang tidak menasabah iaitu ralat 1mm, ini mungkin kesilapan atau poin bacaan yang tidak betul.
Kita kena mentafsir data secara menyeluruh bukan hanya tertumpu pada kes-kes terpencil.
Rujukan
  1. J.C. Drury, Corrosion monitoring and thickness measurement – what are we doing wrong?” INSIGHT Vol. 39, No. 1 January 1997
  2. Guidance Document for Estimation of Measurement Uncertainty in Non-Destructive Testing, 2004, Guidance Note: NDT001, Singapore Accreditation Council Singapore Laboratory Accreditation Scheme (SAC-SINGLAS).

Selasa, 15 Julai 2008

Radiography (RT) level 2 (14-25 Jul 08)

Minggu ni pula ada kursus Radiografi industri. Aku kena mengajar
1-pengenalan radiografi
2-teknologi bahan dan kimpalan
3-teknik-teknik radiografi.

Principle of RT

  • based on differential absorption of penetrating medium
  • 3 basic elements for radiography; source of radiation, object to be inspected, radiographic film. After exposure, film is processed to produce image.
  • digital imaging plate is now replacing X-ray film.
Applications

  • inspect metal and non metal: welds castings forging mechanical assemblies electronic components concrete, etc.
  • detect surface and internal defects.
Advantages
  • can be used for most materials
  • permanent visual image record
  • disclose fabrication errors - provide information for correction
  • reveal structural discontinuities and assembly errors.
Limitations
  • High capital cost
  • require electrical supply (for X-ray machine)
  • safety hazard to personnel
  • not sensitive to laminar type discontinuity
  • require accessibility from both sides (film side and source side).
Commonly used RT source
  • Selenium, Se-75 Gamma energy = 66-401keV, Half life= 120 days, Output = 0.203R/h.Ci.m. Steel thickness 4~28mm.
  • Iridium, Ir-192 Gamma energy = 206-612 keV, Half life= 74 days, Output = 0.48R/h.Ci.m. Steel thickness 12~60mm.
  • Cobalt, Co-60 Gamma energy = 1173-1333 keV, Half life= 5.3 years, Output =1.30R/h.Ci.m. Steel thickness 50~200mm.
Teknik Radiografi
Pemeriksaan kimpalan paip
  • Double wall double image (DWDI) - untuk diameter paip kurang dari 90mm.
  • Double wall single image (DWSI) - untuk diameter paip > 90mm
  • Single wall single image (SWSI) - untuk diameter paip > 90mm termasuklah juga panoramik
Diagnostic film length (DFL)

Length that meets requirement for radiographic density and sensitivity
  • Plate or seam welds – 2/5 SFD
  • SWSI/DWSI – minimum 3 shots
  • DWDI – minimum 2 shots
Sebagai contoh bagi DWSI, DFL boleh dikira melalui kaedah gometri berikut;
Sudut 'theta' biasanya ditentukan oleh standard. Contohnya dalam standard German (DIN) sudut ini ialah 19 (kritikal) dan 25 (normal). Standard Jepun pula menghendaki sudut ini tidak lebih dari 15 jika kita ingin mengesan retakan melintang dalam kimpalan. Formula berikut boleh diterbitkan melalui susunan gometri di atas;

Contoh perkiraan;
Daripada nilai 'alfa' ini jumlah 'shot' yang diperlukan untuk meradiograf paip yang berdiameter 220mm dan tebal 12mm dengan kaedah DWSI ialah sebanyak 4 shot.

Isnin, 7 Julai 2008

Surface method level 1 (7-17 Julai 08)

Minggu ini dan depan berlangsung kursus "Surface method level 1" untuk peserta dari Kemeterian Belia dan Sukan. Aku kena mengajar tajuk
1-"Materials, Processes and Defects" dan
2-"Penetrant Processes" (Penembus Cecair).


Peserta kursus membuat latihan amali

Sebelum ini ada diceritakan serba ringkas tentang topik 1. Topik ini penting kepada personel NDT. Proses pembuatan bahan perlu diketahui terlebih dulu dan apakah kecacatan-kecacatan yang mungkin terjadi dari proses tersebut bagi memudahkan kita membuat pentafsiran dan penilaian.
Kaedah Penembus Cecair (Penetrant) berdasarkan konsep kapilari dimana cecair boleh memasuki liang seni dengan daya kapilari yang tidak terkesan oleh daya graviti. Contoh paling mudah ialah bila kita meletakkan tiub rerambut atau 'straw' ke dalam air dalam gelas kita akan dapati air dalam 'straw' menaik. Prinsip ini digunakan untuk mengesan kecacatan permukaan seperti keliangan dan retakan permukaan. Sampel ujian akan dibersihkan permukaannya terlebih dahulu. Setelah kering, cecair penembus disapu pada permukaan dan dibiarkan beberapa minit (biasanya 15-30min) untuk memberi masa kepada cecair penembus tadi memasuki semua liang atau retakan. Setelah itu permukaan dibersihkan bagi membuang lebihan cecair penembus pada permukaan, cecair penembus dalam retakan akan tertinggal. Seterusnya 'developer' disembur ke atas permukaan untuk menarik lebihan 'penetrant' dalam retakan keluar ke permukaan untuk membentuk imej yang lebih besar dan boleh dilihat mata kasar. Penetrant biasanya berwarna merah, manakala developer berwarna putih. Jika permukaan sampel tadi mempunyai retakan maka imej retakan dengan warna merah berlatarbelakang putih akan kelihatan.

Rajah di atas menunjukkan perbezaan kebolehan membasahi permukaan antara air, minyak dan raksa. Walaupun raksa mempunyai 'surface tension' yang tinggi tapi mempunyai 'wetting ability' yang rendah. 'Surface tension' yang tinggi mempunyai kuasa penembusan yang tinggi tetapi tidak boleh melekat pada permukaan. Penetrant yang baik hendaklah mempunyai kedua-duanya. Bagaimanapun cecair yang mempunyai sifat membasahi permukaan biasanya dipilih. Minyak biasanya digunakan sebagai bahan 'penetrant'.


Hubungan antara 'surface tension' dan 'wetting ability'


Saiz keretakan yang boleh dikesan oleh 'penetrant' berbanding kaedak ultrasonik. Penetrant floresen (atas), penetrant merah (tengah) dan ultarsonik (bawah).



Proses penetrant. Maklumat lanjut boleh dicapai di NDT resource centre.

Khamis, 3 Julai 2008

Lawatan Saintifik

Minggu ini 30/6/08-4/7/08: kumpulan NDT, Nuklear Malaysia menerima 3 pelawat dari Pakistan. Antara aktiviti untuk mereka ialah lawatan ke makmal NDT, perbincangan tentang pegurusan kualiti ISO9001:2000 untuk latihan dan perkhidmatan NDT, lawatan ke Jabatan Pembangunan Kemahiran, AIROD (ISO17025), Standard Malaysia dan NDT, SIRIM (ISO17025).Dari kiri Dr. Asif, aku, Jamaludin, Amry, Dr. Abd. Nassir (Pengarah BTI), Ali, Suhairy dan Dr. Ab Razak (Pengurus NDT). Minggu lepas mereka telah melawat China.
Kita juga menerima pelatih dari Myanmar (Ms. Ei Ei Tan) untuk mempelajari teknik NDT selama 3 bulan (Jun-Ogos) melalui latihan sambil kerja dan 2 pelajar latihan industri dari UKM yang membuat projek tentang penggunaan ultrasonik dalam konkrit (Mei-Julai).

Selasa, 1 Julai 2008

Persidangan NDT Julai 2009

Persidangan ini akan diadakan dengan kerjasama MSNT, Petronas dan ASCOPE. Jawatankuasa pemandu telah dibentuk untuk mengendalikan persidangan antarabangsa ini. JK ini diwakili oleh MSNT, TNBR, INSTEP, ASCOPE, Intestmal dan Nuklear Malaysia.

Program tentatif;
Tarikh: 20-21 Julai 2009
Tempat: Kuala Lumpur
Peserta: 150-200 orang

Kertas kerja persidangan dialu-alukan.

Maaf tulis dalam BI.
Conference format
  1. Oral (single) and poster session with around 20-30 papers.
  2. Diners – welcoming and main diners hosted by Petronas. Invite Tan Sri Dr Ahmad Tajudin for dinner talk.
  3. Keynote speaker
Day 1
· Welcoming
· Registration
· Opening
· Keynote
· Paper presentations
· Reporture
· panel discussion
Day 2
· Keynote
· Technical papers
· Reporture
· Panel discussion
Sub committee
1. Secretariat/opening chaired by Mohd Najib
2. Technical chaired by Dr. Badrol
3. International advisory chaired by Dr. Abd Nassir
4. Promotion, sponsor & publication chaired by Zamaludin
5. Exhibition chaired by Huzeir

Ahad, 29 Jun 2008

Seminar RIG

Seminar RIG telah diadakan di Nuklear Malaysia pada 24-26 Jun 2008. RIG=Reactor Interest Group=Kumpulan Peminat Reaktor Nuklear. Hari pertama lebih banyak membincangkan polisi, kempen dan perbincangan awam. Hari kedua membincangkan hal-hal teknikal dan hari ketiga perbincangan kumpulan. Bagaimanapun aku hanya sempat hadir pada hari pertama dan petang hari kedua kerana ada tugasan lain. Pada petang hari kedua, Presiden MSNT Dr. Abd. Nassir Ibrahim telah membentangkan kertas bertajuk "NDT untuk loji kuasa nuklear". Kata utama beliau loji kuasa nuklear tidak dapat wujud tanpa NDT. Ini menunjukkan NDT sangat penting bagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan loji nuklear. Bagi pembinaan loji nuklear kaedah NDT tradisi yang biasa dipakai dalam industri kimia dan minyak boleh digunakan untuk memeriksa kualiti kimpalan, besi tuang dan komponen-komponen loji yang lain. Bagaimanapun bagi tujuan baikpulih dan pemeriksaan berkala ke atas reaktor yang sedang dan sudah beroperasi memerlukan teknologi NDT yang cukup mencabar. Keperluan peralatan khusus yang dikawal jauh diperlukan kerana manusia tidak dapat menghampiri secara dekat komponen2 loji yang sedang beroperasi disebabkan bahaya sinaran radioaktif. Teknologi perobotan NDT dan komputer diperlukan. Kaedah ultrasonik dan arus pusar akan banyak digunakan. Ultrasonik biasanya digunakan untuk mengesan kakisan, retakan lesu, retakan antara butiran dalam komponen reaktor manakala arus pusar untuk mengesan kebocoran dan kakisan pada tiub pendandang. Robot diperlukan untuk membawa pengesan ultrasonik ke dalam reaktor. Keperluan personel NDT berkemahiran tinggi tidak dapat dinafikan. Mereka bukan sahaja perlu NDT peringkat pertengahan tetapi akan mempunyai pengkhususan dalam berbagai-bagai aktiviti. Korea pada peringkat awal mengimpot teknologi NDT dari Kanada tetapi kemudiannya menjual semula teknologi terkini kepada negara kuasa nuklear lain.

Di Nuklear Malaysia kita mempunyai kumpulan ultrasonik dan arus pusar yang giat menjalankan penyelidikan terutama dalam automasi alat dan pembuatan pengesan (probe). Keupayaan ini sangat penting agar kita tidak terus bergantung kepada orang luar untuk membangunkan peralatan canggih.
Bidang NDT di Korea cukup maju setanding dengan negara maju yang lain. Sejarah perkembangan NDT termaju di Korea (sumber: syarahan Dr. Jong Poo Lee, 2007);
1977: pemeriksaan NDT ke atas reaktornya dilakukan oleh MHI/ZETEC, Kanada.
1979~1984: kerjasama Institut Penyelidikan Nuklear KAERI dan vendor asing
1984 : membeli alat automatik ultrasonik dari luar
1985~1997 : KAERI menjalankan sendiri pemeriksaan ke atas semua reaktor kuasa nuklear di Korea.
1998 : tender terbuka kepada 3 vendor
▶ KAITEC : Korea Advanced Inspection Technology, Ltd
▶ KPS : Korea Plant Service & Engineering, Ltd
▶ SEAN : SEAN, Ltd

Terdapat 18 reaktor kuasa nuklear sedang beroperasi di Korea dan 10 reaktor sedang dibina.

Bekas reaktor

Lukisan skema pemeriksaan NDT ke atas reaktor
Robot selaman untuk pemeriksaan bekas reaktor

Khamis, 26 Jun 2008

Krisis Tenaga

Krisis tenaga ini banyak dibincangkan seperti di media massa, seminar dan demonstrasi bantahan kenaikan harga minyak. Ianya agak rancak apabila harga petrol telah dinaikkan dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter.
Sumber Tenaga
Terdapat beberapa sumber tenaga yang boleh didapati. Antaranya termasuklah sumber tenaga boleh dibaharui, sumber fosil (minyak, gas, arang batu) dan nuklear.
Tenaga boleh dibaharui
Teknologi tenaga boleh dibaharui adalah terdiri dari hidroelektrik, biojisim, suria, angin, ombak, tanah kambus, hujan, biobahan api dan geoterma. Pada tahun 2006, 18% penggunaan tenaga dunia ialah dari bahan boleh diperbaharui, 3% dari biojisim tradisi seperti pembakaran kayu, 13% dari hidroelektrik, 1.3% dari air panas. Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak memyumbang 0.8% tenaga dunia.

Punca tenaga boleh dibaharui (dipetik dari wikipedia)
Tenaga suria
Tenaga suria ialah tenaga dari matahari dalam bentuk cahaya dan haba. Kuasa suria merujuk kepada penukaran tenaga cahaya matahari kepada elektrik melalui fotovolta, alat penumpu haba suria atau teknik lain. Bagaimanapun penggunaan tenaga suria tidak begitu besar mungkin disebabkan panel suria yang mahal dan ruang yang besar diperlukan untuk meletakkan panel suria.


Sumber tanah kambus
Gas metana terhasil secara semulajadi dari tempat tanah kambus mempunyai prospek untuk penjanaan elektrik. Amerika telah mula mencuba teknologi ini. Sumber ini mungkin agak praktikal kerana kita boleh mengambil peluang dari tanah kambus yang terbiar tanpa apa-apa kegunaan seperti tempat untuk pelupusan sampah atau rawatan sanitasi.


Sumber angin
Kuasa angin ialah penukaran tenaga angin kepada tenaga berguna seperti elektrik menggunakan turbin. Dalam kincir angin, tenaga angin digunakan untuk memecah bijirin atau mengepam air. Pada hujung 2007, kapasiti penggunaan angin sebagai punca tenaga sebanyak 94.1 gigawatt. Walaupun angin menghasilkan 1% daripada tenaga elektrik dunia tetapi 19% digunakan di Denmark, 9% di Sepanyol dan Portugis, 6% di German dan Ireland. Kebanyakan tenaga angin ini diperolehi pada tempat tinggi bagi mendapatkan kelajuan angin yang tinggi. Di Malaysia, kelajuan angin hanya 2km/jam dan tidak praktikal.

Sumber ombak
Kuasa ombak merujuk tenaga daripada gelombang permukaan Ocean dan tenaga ini diambil untuk kegunaan seperti penjanaan elektrik, penyahmasinan, dan pengepaman air ke dalam takungan. Kuasa ombak ialah bentuk tenaga diperbaharui. Tenaga ombak tidak banyak digunakan dan belum ada secara perdagangan. Ombak di Malaysia juga tidak cukup besar untuk menghasilkan tenaga. Ia hanya mungkin berguna pada musim tengkujuh sahaja di pantai timur semenanjung.

Biobahan api
Pokok menggunakan fotosintisis untuk tumbuh dan menghasilkan biojisim. Biojisim boleh digunakan secara terus untuk menghasilkan bahan api atau cecair biobahan api. Bahan api biojisim yang dihasilkan secara pertanian ialah seperti biodiesel, etanol dan ‘bagasse’ (biasanya hasil penanaman tebu) .boleh dibakar untuk kegunaan engine atau dandang. Penyelidikan untuk mendapatkan kaedah yang efisen bagi menukar biobahan api kepada elektrik sedang giat dilakukan. Di Malaysia kita telah mengadakan penyelidikan untuk mendapatkan biodisel dari sumber kelapa sawit. Bagaimanapun jika ianya digunakan dari minyak sawit segar maka ini akan memberi kesan kepada pengurangan bekalan minyak sawit untuk tujuan makanan . Kita juga mempunyai ladang tebu yang luas di Perlis, jadi ianya boleh dimanfaatkan selain hanya membuat pembakaran terbuka.


Hidroelektrik
Kebaikan utama sistem hidroelektrik ialah tiada penggunaan bahan api, panjang umur, kos operasi rendah dan kemudahan untuk sukan air. Secara umum kuasa hidroelektrik boleh menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau tenaga nuklear.
Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan sistem hidroelektrik. Antaranya ialah pemindahan orang, penghasilan sejumlah gas karbon dioksida semasa pembinaan dan banjir, gangguan kepada hidupan air dan burung, memberi kesan kepada persekitaran sungai, risiko sabotaj dan teroris and sedikit kemungkinan bencana alam.
Penggunaan tenaga boleh dibaharui boleh menghasilkan pencemaran, pengambilan tanah yang luas, merbahaya, merosakkan alam sekitar dan tidak dapat menghasilkan kuantiti tenaga yang besar.


Sumber tenaga fosil
Bahan api fosil atau mineral ialah punca hidrokarbon yang didapati dari lapisan atas kerak bumi. Ia adalah dalam bentuk gas metana, cecair petroleum atau arang batu. Malaysia mempunyai sumber gas asli dan petroleum. Telaga minyak yang sedia ada mampu menyumbangkan gas asli untuk tempoh 100 tahun dan petroleum untuk tempoh 20 tahun, tetapi dijangka lebih pendek lagi. Sumber arang batu diimpot dari Australia. 68% sumber tenaga dunia datang dari pembakaran fosil.
Bahan api fosil tidak boleh dibaharui kerana ia memerlukan jutaan tahun untuk dibentuk dan rizab semakin berkurang. Ia juga memberi kesan kepada alam sekitar, pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil menyumbang 21.3 giga tan karbon disoksida.
Harga minyak dunia mula meningkat setelah berlaku Perang Teluk dan peningkatan mendadak bermula pada akhir 2007 dari AS$30 ke AS$100 se tong, sekarang terus meningkat ke AS$130 dan mungkin akan mencapai AS$200 se tong.

Nuklear
Kuasa nuklear ialah mana-mana teknologi nuklear yang direka untuk mendapatkan tenaga dari nukleus atom melalui pengawalan tindakbalas nuklear. Kaedah paling biasa ialah melalui belahan nukleus. Kaedah semasa melibatkan pemanasan air yang kemudiannya air yang panas ini dapat memutar turbin untuk menjana elektrik.

Kebanyakan negara industri menjana elektrik melalui sumber nuclear, contohnya Perancis 78%, Belgium 54%, Sweden 48%, Republik Korea 39%, Switzerland 37%, Jepun 30%, Finland 28%, USA 19% dan UK 18%. Negara-negara yang dalam perubahan ekonomi juga banyak menggunakan teknologi nuklear contohnya Lithuania 72%, Slovakia 57%, Ukraine 48%, Bulgaria 44%, Armenia 42%, Slovenia 40%, dan Hungary 38%. Negara membangun pula hanya 2– 9% menjana tenaga elektrik dari kuasa nuklear. Negara membangun yang besar seperti Brazil, China dan India hanya menggunakan 2-3% dari tenaga nuklear [ IAEA 2007 ].

Kajian antarabangsa sedang berjalan ke arah penambahbaikan dari segi keselamatan sinaran seperti loji keselamatan pasif, penggunaan pelakuran nuklear dan gunatambah proses haba seperti penghasilan hidrogen bagi menyahgaram air laut dan penggunaan sistem pemanasan setempat.
Rumusan
Kenaikan harga bahan api memberi pengaruh kepada harga makanan. Pertambahan dalam penggunaan bahan api akan mengurangkan keluasan tanah, meningkatkan harga baja dari bahan fosil, meningkatkan kos pengangkutan makanan. Penukaran bahan makanan kepada biobahan api juga akan mengurangkan bekalan makanan. Langkah-langkah lain untuk menghadapi krisis ini termasuklah;
  • Bagi sumber tenaga skala kecil sumber tenaga boleh dibaharui seperti sumber tenaga dari tanah kambus, bahan kumbahan, suria dan bahan api dari sumber boleh dikitar semula patut digalakkan
  • Bagaimanapun bagi keperluan skala besar keperluan terhadap sumber nuklear tidak dapat dielakkan.
  • Kajian dalam bidang pertanian bagi menghasilkan biak baka mutasi baru bagi pokok padi, pisang dan ubi yang mudah ditanam, tanpa memerlukan tanah yang luas melalui teknik nuklear. Pada tahun 70an ramai orang kampung memakan pisang rebus sebagai sarapan pagi selain pulut dan nasi. Penyinaran gama ke atas makanan utama seperti padi atau beras boleh melanjutkan tempoh simpanan.
  • meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam seperti keretapi dan bas.
  • menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan dari tenaga manusia seperti basikal untuk perjalanan kurang dari 10km dengan menyediakan infrastruktur laluan basikal atau pejalan kaki yang mencukupi. Infrastruktur ini juga akan mencantikkan bandar dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk beriadah.

Jumaat, 2 Mei 2008

Mesyuarat Agung MSNT ke 19

Pendaftaran dan pungutan yuran ahli

Perbincangan sesama ahli semasa minum pagi

Lembaga Pengarah MSNT 2006/08

Ahli yang hadir

Alhamdulillah, mesyuarat agung kali ke 19 tempat berjaya diadakan pada 30/4/08 di Bilik Persidangan Putra 1, Hotel Palm Garden, Putrajaya. Kehadiran ahli cukup memuaskan. 64 ahli telah menghadiri mensyuarat kali ini.
Antara isu penting yang dibincangkan ialah;
1-Komen DOSH berhubung UTTG
2-Round robin test UTTG bagi sampel kakisan
3-Persijilan NDT menurut ISO17024
4-Silibus NDT dalam akademik

Lembaga Pengarah bagi sesi 2008/10 yang terpilih ialah;
Presiden-Dr. Abd. Nassir Ibrahim
Naib Presiden-Dr. Khazali Hj. Mohd Zin
Setiausaha-Dr. Mohamad Pauzi Ismail
Bendahari-Dr. Ab. Razak Hamzah

Ahli Jawatankuasa
En. Huzeir Ab. Halim
Dr. Azali Muhammad
En. Wan Abdullah Wan Hamat
En. Yeo Yan Teng
Dr. Badrol Ahmad
En. Zamaluddin Ali

Auditor
Dr. Syed Yusainee Yahya
En. Mohd Salleh Mohd. Som
Pengiraan undi diketuai oleh orang paling senior dalam NDT iaitu En. Awaldin Mohd Arif (kanan)

IAEA/RCA Regional training course on quality management systems and strategic planning

Kursus/bengkel ini telah diadakan di Bali, Indonesia pada 21-25 April 2008 anjuran BATAN dan ditaja oleh IAEA. Walaupun tajuk agak umum, tumpuan lebih diberikan kepada pembangunan manual kualiti bagi akreditasi ISO17024.
Peserta kursus ialah terdiri negara-negara Asia Pasifik: Australia, Bangladesh, China, India, Korea, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Singapore, Sri lanka, Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Standard bagi latihan dan persijilan ISO 9712:2005 menghendaki, badan persijilan perlu mendapatkan pentauliahan ISO17024. Di Australia, badan persijilan ialah Australian Institute of NDT dan merupakan institusi pertama di dunia yang mendapatkan pentauliahan ISO17024.
Untuk tujuan pengharmonian latihan dan persijilan NDT, negara anggota di bawah Perjanjian Pengiktirafan Bersama (Mutual Recognition Agreement) diseru mengamalkan standard ISO9712. Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah bersetuju untuk ini dan meletakkan sasaran 2012 bagi mendapatkan pentauliahan.

Sabtu, 19 April 2008

Bahan, proses dan kecacatan

Dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [al-Hadid 25].

Ketakselanjaran atau Kecacatan ?
  • Ketakselanjaran ditakrifkan sebagai suatu yang terputus atau terganggu dalam struktur bahan yang biasa.
  • Ketakselanjaran dalam logam boleh jadi lubang, keporosan, retakan, bendasing atau apa-apa yang memutuskan keselanjaran. Ianya boleh berada di permukaan atau dalam logam tersebut. Ianya juga memberi kesan kepada kebergunaan sesuatu produk.
  • Kecacatan ialah ketakselanjaran yang tak dapat diterima oleh kod, standad, spesifikasi dll.
  • Petanda dalam NDT menunjukkan kehadiran ketakselanjaran.
Kategori ketakselanjaran
a)Ketakselanjaran warisan – iaitu yang dijumpai dalam ingot.
b)Ketakselanjaran prosesan
  • Tuangan
  • Tempaan
  • Gelekan
  • Kimpalan
  • Canaian
  • Rawatan haba
  • Saduran
c)Ketakselanjaran terhasil oleh perkhidmatan -Retakan, kakisan, hakisan, kehausan.

Imbasan Ultrasonik

Imbasan manual (imbasan-A) bagi mengesan kecacatan dalam kimpalan. Teknik ini masih lagi digunakan di lapangan.
Imbasan-C di makmal dengan kaedah rendaman. Imej dirakam dan diproses oleh komputer (1982)

Pada tahun 1997 Imbasan-C separa automatik mula digunakan di lapangan


Imbasan-C bagi menegsan kakisan pada tangki simpanan kimia

Imbasan-C digunkan bagi mengesan kakisan dalam paip gas

Imbasan-C digunakan bagi mengesan kakisan dalam paip asid

Imbasan-C digunkan bagi mengesan kakisan dalam paip gas

Jumaat, 21 Mac 2008

Pokok Gaharu

Sudah diketahui umum kayu gaharu mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga boleh mencecah RM15,000.00/kg.
Pokok gaharu yang bari ditebang untuk tujuan peneylidikan. Pokok gaharu merupakan pokok terkawal. Ia hanya boleh ditebang oleh orang Asli.Keratan rentas gaharu yang telah mempunyai resin (jalur hitam).

Isnin, 18 Februari 2008

Ultrasonik bagi pencirian kayu

Ultrasonic goniometry measurement of Aquilaria sp (gaharu) wood

Mohamad Pauzi Ismail, PhD, Mat Rasol Awang, PhD, Mohd Noorul Ikhsan Ahmad, Amry Amin Abas, and Mohd. Fajri Osman
Malaysian Nuclear Agency
Bangi, 43000 Kajang, Malaysia
pauzi@nuclearmalaysia.gov.my

Abstract
This paper describes the results of ultrasonic goniometry measurement in Aquilaria (gaharu) wood. Ultrasonic wave was transmitted into the surface of gaharu wood and the reflected amplitudes by corner reflection were measured. The measurements were performed on gaharu sample with dimension of about 3mm x 15mm x 25mm by attaching to corner reflector goniometer made of mild steel. The measurement results are explained and discussed.
Keywords: ultrasonic, goniometry, gaharu.

Khamis, 14 Februari 2008

Pengukur ketebalan ultrasonik diragui

Begitulah apa yang dikomen oleh pembentang kertas kerja dari DOSH di persidangan NDT & Corrosion Management 4-5 Sep 2007. Adalah dikatakan bahawa keputusan pengukur ketebalan UT tidak menentu, tidak dapat menunjukkan kadar kakisan yang betul. Contohnya bacaan tahun semasa lebih tinggi dari bacaan dahulu, seolah-olah tebal paip meningkat. Dalam mesyuarat lembaga pengarah MSNT pun kami ada bincangkannya bagaimana untuk menyelesaikan masaalah ini.

Sebelum memikirkan apa-apa faktor yang menyebabkan ralat ini, perlu diketahui bahawa ralat pengukuran ketebalan UT ialah sekitar 0.5 mm (Drury, 1997). Jika ianya lebih dari nilai ini maka kita perlu memikirkan tentang bagaimana untuk membetulkannya. Secara umum ralat ini boleh disebabkan oleh;
1- prosidur
2- alat ultrasonik
3- operator
4- spesimen dan persekitaran

Ramai yang tidak mengetahui peri pentingnya satu prosidur itu diuji dan disahkan oleh orang yang berkelayakan (biasanya UT peringkat 3). Mereka menganggap pengukuran ketebalan adalah sesuatu yang sangat mudah. Bagaimanapun bila kita menganggap sesuatu itu sangat mudah maka kita banyak ambil mudah dan jalan pintas. Prosidur biasanya akan menyatakan alat yang perlu digunakan, tentukuran (termasuklah blok tentukuran), prob, julat pengukuran, ujian 'mock-up' dan lain-lain. Prosidur yang dibuat nanti perlu disahkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat kontraktor dan pemilik.

Alat hendaklah berkeadaan baik semasa ujian dilakukan, telah ditentukur secara berkala. Biasanya alat digital tak perlu ditentukur kecuali sekali dalam setahun. Selain itu prob yang digunakan perlu dipiawaikan, contohnya frekuensi perlu dipilih mengikut kesesuaian tebal atau bahan yang diuji. Prob 'twin crystal' biasanya sesuai untuk pengukuran tebal kurang dari 30mm. Bila tebal melebihi 30mm, prob 'single crystal' perlu digunakan. Selain itu blok tentukuran perlulah mewakili bahan yang hendak diuji.

Operator perlulah layak dan mempunyai sijil kelayakan UT peringkat 1 yang menurut kehendak persijilan ISo9712.

Keadaan permukaan spesimen perlu mempunyai kelicinan yang baik. Permukaan yang kasar akan mempengaruhi bacaan. Kekasaran melebihi 1 mm tidak memungkinkan ujian UT dilakukan. Suhu spesimen pula mempengaruhi halaju bunyi dan pembetulan dalam bacaan perlu dibuat.

Isnin, 4 Februari 2008

Asas Teknologi Nuklear

Definasi
Teknologi nuklear ialah teknologi yang melibatkan tindakbalas nukleus atom. Penggunaannya cukup meluas dari pengesan asap, reaktor nuklear, senjata nuklear dll. Di Nuklear Malaysia penggunaan meliputi bidang indutsri, perubatan dan pertanian.

Sejarah
Pada 1895, Roentgen telah menemui satu sinaran yang tidak diketahui yang telah menyebabkan setengah kimia memancarkan cahaya apabila terdedah kepada sinar ini. Sinar ini juga didapati dapat menembusi bahan yang tidak dapat ditembusi cahaya. Lalu sinar ini dinamakan sinar-X. Setahun kemudian, Becquerel pula menemui sinaran yang dihasilkan dari bahan tertentu boleh menghitamkan filem fotograf. Kajian menunjukkan bahan tersebut mengandungi Uranium yang boleh mengeluarkan sinaran yang boleh menembusi bahan. Semasa perang dunia kedua, tindakbalas nuklear telah difahami sepenuhnya dan penciptaan senjata nuklear bermula.

Struktur atom
Atom terdiri nukleus yang dikelilingi elektron (bercas negatif) seperti mana bumi dikelilingi bulan dan matahari dikelilingi lain-lain planet atau bintang. Dalam nukleus pula terdapat proton yang bercas positif dan neutron yang tidak bercas.


Radioaktif
Bila nukleus tak stabil (contohnya terdapat kelebihan neutron) ia akan menyepai dan menghasilkan sinaran. Nukleus atom ini dinamakan radioisotop atau bahan radioaktif.
Contoh radioisotop ialah Ir-192 yang menyepai menghasilkan zarah beta (bercas negatif) dan sinaran gama pada kadar tertentu. Unit bagi kadar penyepaian ialah Becquerel (Bq)
1 Bq = 1 sepaian sesaat. Unit lama Ci – 1Ci = 3.7 x 1010 Bq = 37 GBq

Penggunaan dalam pertanian
Penyinaran makanan (gama) – menggunakan sinar gama dari cobalt-60 untuk membunuh serangga, mikrob dalam rempah ratus, buahan, kentang, dll. Tujuannya untuk melanjutkan tempoh penyimpanan.
Penghasilan benih baru (biak baka mutasi) – contoh pisang Novaria, bunga raya, benih padi.

Penggunaan dalam perubatan
Pengimejan - Radiografi sinar X, tomografi
Radioterapi – bunuh sel kanser
Penyahkuman bagi alatan perubatan/pembedahan (gama Co-60) – cth: sarung getah, picagari, hidrogel, dll.

Penggunaan dalam industri
NDT radiografi sinar X, gama dan neutron
Pengukur kelembapan (neutron)
Pengukur ketumpatan (Gama)
Pengimbas paip (gama/neutron)
Pengimbas turus (gama)
Tolok nuklear
Pensterilan gama- barang kosmetik, farmasiutikal, herba.

Penggunaan dalam industri pembuatan
Taut silang alur Elektron :proses penyalutan permukaan bahan spt wayar, barangan getah, pembungkus makanan & minuman, cakera padat, dakwat percetakan, aksesori kereta dan bahan2 binaan.
Pemvulkanan lateks getah asli menggunakan sinar gama.

Penggunaan dalam alam sekitar
Analisis paras logam berat dan beracun spt plumbum, raksa, cadmium dan arsenik
Teknik penyurih (tracer) – pengurusan sumber air, pemantauan kadar pemendapan sedimen

Senjata Nuklear
Boleh guna U-235 atau plutonium. U-235 biasanya secara semulajadi ada besama U-238 dan perlu pengasingan. Plutonium boleh didapati dari reaktor nuklear.
Tindakbalas berantai antara neutron dengan U-235 boleh menghasilkan tenaga yang cukup tinggi.
Bom atom pertama ialah masa perang dunia kedua July 1945 bernama Trinity.
2 butir bom nuklear telah diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Kapal selam kuasa Nuklear - mampu belayar berbulan. Kajian sedang dijalankan bagi membina kapal terbang dan roket berkuasa nuklear.

Reaktor kuasa nuklear
Telah bermula sejak 1950 di US, UK dan Rusia. Setengah negara di dunia mengharamkan penggunaan kuasa nuklear. Bagaimanapaun kebanyakan negara maju seperti Jepun, Korea, China, Amerika, Negara2 Eropah menggunakan kuasa nuklear secara meluas. Negara lain termasuklah India, Pakistan, Israel, Iran.

Kecelekaan Nuklear
Bom Nuklear di Hiroshima dan Nagasaki (1942)Kemalangan Three Mile island (1979)
Kemalangan Chernobyl Accident (1986)

Reaktor penyelidikan di Nuklear Malaysia
Dibina Nov 81, siap 28 Jun 1982
Kuasa maksimum: 1 MW
Bahanapi – Uranium (20 w/o U-235) + ZrH
Penyejuk _ air tulen (nyah galian)
Suhu maksimum bahanapi: 500 C
Fluk neutron: 3 x 10^13 n/cm^2 saat termal di tengah teras

Kawalan Keselamatan Nuklear di Malaysia
Terikat dengan Akta 304 yang dikuatkuasa oleh LPTA. Pekerja sinaran seperti Pegawai Perlindungi Sinaran, Penyelia, Operator perlu dilesenkan. Aktiviti nuklear perlu mengikut
Prosidur Perlindungan Sinaran yang diluluskan.

Khamis, 10 Januari 2008

Teori Asas Ultrasonik

Rambatan gelombang dalam pepejal satu dimensi diberikan oleh;

E = pV^2

dimana E ialah modulus elastik, p ketumpatan pepejal dan V halaju gelombang bunyi dalam pepejal tersebut.

Apabila bunyi melalui sesuatu bahan ia akan mengalami pengecilan disebabkan oleh capahan alur, serapan dan serakan. Capahan alur menyebabkan keamatan bunyi menyusut dengan kadar songsang jarak dari pembalik besar dan jarak^2 bagi pembalik kecil. Serapan adalah berkadaran dengan frekuensi (f), manakala serakan dipengaruhi oleh ketakhomogen (D) dan frekuensi (f).

Pekali serakan terbahagi kepada 3 jenis yang bergantung kepada frekuensi bunyi yang digunakan. Untuk jarak gelombang yang lebih kecil dari saiz ketakhomogen, D (julat pembauran), serakan berkadar songsang dengan D.
Bagi jarak gelombang yang hampir sama dengan saiz ketakhomogen, D (julat stokastik), serakan berkadar terus dengan D*f^2.
Manakala bagi julat Rayleigh (jarak gelombang jauh lebih besar dari saiz ketakhomegen), serakan adalah berkadar terus dengan D^3*f^4.

Apabila bunyi melalui sempadan medium yang berbeza, bunyi akan dibalikkan atau ditransmisikan. Bagi transmisi tegak, faktor transmisi diberikan oleh,

T = 4*Z1*Z2/(Z1+Z2)^2


dimana Z1 dan Z2 ialah impedan akustik bagi 2 medium yang berlainan (Z=p*V),
manakala balikan R = 1-T.


Bagi transmisi bersudut, pertukaran mod gelombang boleh berlaku di sempadan. Gelombang longitud boleh bertukar kepada gelombang ricih atau permukaan (samada Rayleigh atau Lamb atau gelombang Rayapan). Pertukaran mod gelombang di sempadan ini mematuhi hukum Snell iaitu,

V1*sinQ2 = V2*sinQ1

dimana Q1 dan Q2 ialah sudut tuju dan biasan/balikan.