Jumaat, 22 Ogos 2008

Ketepatan Ultrasonik

Sebelum ini masyarakat NDT agak kecuh dengan komen DOSH yang mempersoalkan tentang kebolehpercayaan teknik ultrasonik (UTTM) dalam mengukur ketebalan bahan bagi memeriksa kakisan. Mereka mengatakan ada 'thickness grow'. Kali ini aku ingin bentangkan contoh data pengukuran yang aku perolehi dari tangki pemproses kimia bagi tujuan pembelajaran dan perbincangan. Data UTTM telah diambil sejak 2002. Paksi-y ialah ketebalan yan diukur dalam mm, manakala paksi-x ialah lokasi pengukurun. ABC yang pertama ialah bacaan pada 'head' dan ABC kedua ialah pada 'shell'. 0, 90, 180, 270 ialah kedudukan arah bacaan diambil, 0 ialah utara, 90 timur, 180 selatan dan 270 barat. Terdapat pengurangan ketebalan yang agak ketara pada 'head'. Contohnya bacaan 2004 ialah 22.5mm menurun hingga 20.5mm pada 2008,iaitu pengurangan 2mm dalam tempoh 4 tahun iaitu kadar hakisan 0.5mm setahun. Tangki ini dibuat dari keluli nikarat (stainless steel) yang mengikut rekabentuk tidak akan berlaku kakisan (0 mm corrosin allowance). Memang keluli nikarat tahan karat tetapi ia akan juga kalah dengan halogen (Klorin, florin,dsb). Jika bahan kimia tidak dikawal supaya larutannya bebas dari halogen spt klorin, maka kakisan boleh berlaku. Yang paling ditakuti ialah kakisan jenis setempat (pits) kerana pits ini selain berlubang seni ia juga boleh menjadi tempat permulaan kepada retakan yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Berbalik semula kepada ketepatan ultrasonik dalam menentukan ketebalan. Dalam artikel sebelum ini aku menyebutkan ketepatan ialah antara 0.3mm hingga 0.8mm. Jadi jika kadar kakisan hanyalah 0.5mm setahun, perubahan kakisan tidak dapat dikesan dalam tempuh setahun. Dalam data di atas dapat dikesan 'thickness grow' sehingga 1mm, tetapi rata-rata thickness grow hanya 0.25mm, iaitu had ketepatan normal. Jika terdapat segelintir bacaan yang tidak menasabah iaitu ralat 1mm, ini mungkin kesilapan atau poin bacaan yang tidak betul.
Kita kena mentafsir data secara menyeluruh bukan hanya tertumpu pada kes-kes terpencil.
Rujukan
  1. J.C. Drury, Corrosion monitoring and thickness measurement – what are we doing wrong?” INSIGHT Vol. 39, No. 1 January 1997
  2. Guidance Document for Estimation of Measurement Uncertainty in Non-Destructive Testing, 2004, Guidance Note: NDT001, Singapore Accreditation Council Singapore Laboratory Accreditation Scheme (SAC-SINGLAS).