Khamis, 18 September 2014

International Construction Week (ICW) 2014

Sedang berlangsung di PWTC dari 17 - 23 Sep 2014. Ada pameran dan seminar percuma berkaitan dengan industri binaan.









Rabu, 6 Ogos 2014

Proficiency Test (PT)

Alhamdulillah program PT telah mendapatkan sambutan. Berikut ialah institusi yang telah menyertai program PT sehingga kini:
1-Nuklear Malaysia
2-Lott's Inspection
3-Petrotechnical
4-SIRIM
Bidang PT yang telah dan sedang dilaksanakan ialah UTTG, RI dan LPI. Kita masih buka penyertaan sehingga 29 Ogos 2014. Setelah itu analisis statistik akan dibuat dan dibentang kepada panel pakar untuk menentukan 'assign value'. Setelah nilai ini ditentukan laporan prestasi peserta akan disiapkan.

  

Jumaat, 6 Jun 2014

Ujian Kecekapan berdasarkan ISO17043

ISO/IEC 17043 ialah standard yang berkaitan dengan Ujian Kecekapan (Proficiency Testing). Pembekal kepada khidmat ini dinamakan Proficiency Testing Provider (PTP). PTP berperanan membandingkan tahap kecekapan/kualiti antara badan pemeriksa atau makmal ujian tentukuran.  PTP dengan bantuan panel pakar akan menentukan nilai tertentu (assigned value) untuk dibandingkan antara badan pemeriksa atau makmal ujian/tentukuran. Bagi masyarakat yang menghargai kualiti, perkara begini sangat dititik beratkan kerana penyertaan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan serta tahap keselamatan sesebuah loji yang diperiksa.

Jabatan Standard Malaysia telah melancarkan program ini dengan jenama myPTP pada 31 disember 2013. Keperluan PT disebut dalam MTR2 klausa 16 dan boleh dimuat turun pada pautan berikut,
http://www.standardsmalaysia.gov.my/documents/10179/22869/MTR%202.pdf

Kumpulan NDT Nuklear Malaysia berhasrat untuk mengambil inisiatif ini bagi memenuhi keperluan NDT di Malaysia. Program ini akan dimulakan di Badan Pemeriksa NDT Nuklear Malaysia 10 Jun 2014 bagi teknik RT, UT dan PT. Seterusnya aktivti diteruskan kepada syarikat Lotts Inspection Sdn Bhd untuk teknik RT dan UT.  Badan Pemeriksa SGS Sdn. Bhd. Juga menyatakan hasrat untuk menyertai program ini dalam bidang UT dan PT. Manakala Makmal NDT SIRIM menyatakan hasrat untuk menyertai program ini bagi memenuhi keperluan ISO17025. Oleh kerana program ini merupakan yang pertama ingin diadakan, Nuklear Malaysia tidak mengenakan apa-apa cas bagi khidmat ini.

Khamis, 13 Februari 2014

Institusi, Syarikat yang berkaitan NDT

Atas perminataan rakan-rakan berikut ialah senarai syarikat/institusi yang berkaitan dengan aktiviti NDT. Senarai berikut biasanya berubah mengikut masa. Komen dan pandangan pengunjung dialu-alukan.

Syarikat Pembekal Peralatan NDT
ALTEC INDUSTRIAL & ENGINEERING
C. Melchers GmbH and Co.
Edaran Prestasi Sdn. Bhd.
GE Inspection Technologies,
NDT Instruments Sdn. Bhd.
ZL Technologies Sdn. Bhd.

Syarikat Pemberi Khidmat NDT
Airod Sdn. Bhd (ISO17025)
Care Ion Sdn. Bhd. (ISO17020)
 Cekap Technical Services Sdn. Bhd.
Cresent NDT & Inspection Sdn. Bhd
Danamin Trade Services S/B.,
Focus Inspection Sdn. Bhd.
Intesmal Corporation Sdn. Bhd.
ITS Testing Services (M) Sdn. Bhd.
J.P. Kenny Wood Group
Kejuruteraan ESCON Sdn. Bhd.
LJ Inspection Services Sdn. Bhd.
Lott Inspection Sdn. Bhd. (ISO17020)
MJ Plant Assessment Sdn. Bhd.,
Moody International (M) Sdn. Bhd.
NDT HI-TECH Inspection Services (M) S/B.
NDE Consultancy Services S/B. (ISO17020)
Nuklear Malaysia (ISO17020)
Nusantara Technology S/B.,
PRESCAN SDN. BHD.
S.E.M Inspection Sdn. Bhd.
SIRIM Bhd. (ISO17025)
Shamira Sdn. Bhd.
TESTEX (M) S/B
VELOSI (M) SDN. BHD.
W.I. TRADE INSPECTION S/B,

Pengguna NDT/Pembuat produk
MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD
BRADKEN MALAYSIA SDN. BHD.
PETRONAS
TNB
SME Aerospace S/B (ISO17025)

IPTA/Kolej/Institut Penyelidikan
MFI
Nuklear Malaysia
UKM,
UPM,
UTeM

Pusat Latihan
Nuklear Malaysia (ISO9712)
SIRIM (ISO9712)
Ruane-TATI (ISO9712)
ITC (ISO9712)
TWI (ISO9712)
MINDT