Jumaat, 6 Jun 2014

Ujian Kecekapan berdasarkan ISO17043

ISO/IEC 17043 ialah standard yang berkaitan dengan Ujian Kecekapan (Proficiency Testing). Pembekal kepada khidmat ini dinamakan Proficiency Testing Provider (PTP). PTP berperanan membandingkan tahap kecekapan/kualiti antara badan pemeriksa atau makmal ujian tentukuran.  PTP dengan bantuan panel pakar akan menentukan nilai tertentu (assigned value) untuk dibandingkan antara badan pemeriksa atau makmal ujian/tentukuran. Bagi masyarakat yang menghargai kualiti, perkara begini sangat dititik beratkan kerana penyertaan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan serta tahap keselamatan sesebuah loji yang diperiksa.

Jabatan Standard Malaysia telah melancarkan program ini dengan jenama myPTP pada 31 disember 2013. Keperluan PT disebut dalam MTR2 klausa 16 dan boleh dimuat turun pada pautan berikut,
http://www.standardsmalaysia.gov.my/documents/10179/22869/MTR%202.pdf

Kumpulan NDT Nuklear Malaysia berhasrat untuk mengambil inisiatif ini bagi memenuhi keperluan NDT di Malaysia. Program ini akan dimulakan di Badan Pemeriksa NDT Nuklear Malaysia 10 Jun 2014 bagi teknik RT, UT dan PT. Seterusnya aktivti diteruskan kepada syarikat Lotts Inspection Sdn Bhd untuk teknik RT dan UT.  Badan Pemeriksa SGS Sdn. Bhd. Juga menyatakan hasrat untuk menyertai program ini dalam bidang UT dan PT. Manakala Makmal NDT SIRIM menyatakan hasrat untuk menyertai program ini bagi memenuhi keperluan ISO17025. Oleh kerana program ini merupakan yang pertama ingin diadakan, Nuklear Malaysia tidak mengenakan apa-apa cas bagi khidmat ini.