Selasa, 13 Jun 2017

Kepekaan Radiografi

Kepekaan radiografi ialah ukuran kualiti imej dalam mengesan butiran terkecil. Ianya bergantung kepada kontras dan definasi. Terdapat beberapa faktor yang mempenagruhi kontras dan definasi. Antaranya ialah tenaga sinaran, tatasusunan geometri, jenis filem, sinaran terserak dll.

Kepekaan radiografi diukur menggunakan dawai IQI. Peratus kepekaan boleh dikira menggunakan formula berikut;

Kepekaan radiografi (%) = dawai terkecil / ketebalan x 100

Menurut Artikel 2 ASME V, kepekaan radiografi yang dikehendaki berubah mengikut ketebalan bahan yang diuji.

Rajah berikut menunjukkan peratus kepekaan mengikut ketebalan bahanuji.

Konsep lama yang menghendaki kepekaan IQI 2% hendaklah dicapai adalah tidak lagi relevan. Kepekaan 2% bagi bahan yang nipis mungkin tidak akan dapat dicapai. Contohnya bagi ketebalan 3mm kepekaan yang dijangkakan ialah 6.6%, manakala bagi ketebalan 100mm, kepekaan yang dijangkakan ilah 1.25%. Kepekaan 2% hanya akan diperolehi bagi ketebalan 32mm.
Rajah berikut menunjukkan hubungan kepekaan lawan ketebalan purata dari jadual T-276 Artikel 2, ASME V.
Pengalaman penulis juga mendapati jika menggunakan punca Ir-192 bagi meradiograf sampel dengan ketebalan 10mm dan ke bawah, kepekaan yang diperolehi tidak akan dapat memenuhi kehendak Artikel 2 ASME V. Oleh itu adalah disyorkan punca dengan tenaga lebih rendah perlu digunakan bagi ketebalan yang nipis.

Tiada ulasan: